Laporan Tahunan 2010

Dalam sepanjang sesi 2010/11, Kelab Skuasy mempunyai sebanyak 162 ahli. Objektif utama kelab ini ditubuhkan adalah untuk mencungkil bakat dalam kalangan pelajar dalam bermain skuasy. Kemudahan yang lengkap seperti gelanggang dan raket telah disediakan kepada ahli kelab. Latihan juga diadakan kepada setiap ahli kelab mengikut jadual latihan masing-masing iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali Rabu bermula pada pukul 2pm hingga 5pm. Selain itu, pertandingan juga diadakan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan prestasi dan kemahiran ahli-ahli kelab antara satu sama lain


Leave a comment